Tuesday, 14 February 2017

Korea Winter Backpacker : Day 3 Mount Hallasan - Namsan Tower - Myeongdong Market


Alhamdulillah dah masuk hari ketiga dan hari yang paling penat dalam siri menjelajah Korea kali ni huhu. Mana taknya, hari ni kami daki Gunung Hallasan iaitu gunung tertinggi di Korea Selatan dengan berketinggian 1,950m. Aku ni bukan jenis kaki daki bukit gunung, kadang-kadang je aku pergi terjah naik bukit tu pon takde la tinggi mana. Tapi datang Korea rajin pulak nak pergi mendaki gunung. Sebabnya aku tengok dalam gambar macam cantik gila mount tu covered with snow. Aku takut aku tak sempat merasa snow so choice aku adalah ini, hiking Mount Hallasan untuk merasai my first snow ever. Untuk trail, banyak choice sebenarnya dan trail paling mudah untuk naik adalah Yongsil Trail manakala untuk turun mengikut pencarian aku adalah Eorimok Trail. Tapi bagi pendapat peribadi aku yang dah berpengalaman turun ikut trail ni time winter, turun ikut Eorimok Trail risky sikit sebab jalan dia tak semudah Yongsil. Yongsil punya track just nice. Patutlah ramai yang ikut Yongsil Trail jugak time turun. But mungkin untuk musim lain it is okay. Cara nak ke sini aku naik bas 740 Bus 1100 Highway dari Jeju Intercity Bus Terminal dan turun di Yeongsil Ticket Office Bustop. Perjalanan lebih kurang 40-50 minit. Dah sampai tu kau kena jalan ada la dalam 2 km untuk sampai starting point hiking tuh. 

Bas ke Yeongsil dan Eorimok Trail

Kena jalan dulu sampai jumpa starting point dia


Starting point dia kat sini. Kalau nak pegi toilet kat sini ada, lepastu takde dah sampai lah puncak baru ada so better settlekan hajat tu kat sini huhu



Setara dengan awannn 
Sungaiii tengah freezing



Equipment yang WAJIB ada untuk hiking time winter adalah Crampon dengan Hiking Stick! Aku pinjam hostel punya je, so free. Tapi crampon yang kitorang pinjam tu asyik tercabut je masa kitorang pakai. Last-last kitorang malas nak pakai. Kira tawakkal lah hiking takde benda tu. Memang asyik nak jatuh and ramai ahjusshi duk tegur tunjuk kasut tak pakai crampon. Dah la orang lain pakai pakaian hiking lengkap dengan kasut yang sesuai tapi kitorang tak ubah macam tourist (eh memang la tourist) yang main terjah je walaupun aku dah study awal-awal haha. Aku pakai kasut nipis je kawan aku pulak lagi la pakai boots kot haha kerja gila betol. Lagi satu buat preparation betul-betul kalau nak hiking time winter. Pernah dengar frostbite? Haa tulah yang kena dekat aku tapi Alhamdulillah tak teruk cuma setakat ni masih tinggal parut hitam atas bibir aku gara-gara frostbite nih. Malu gak wehh nak tunggu hilang kesan hitam ni. Tapi aku bersyukur tak teruk dari ni aku kena. So peringatan jangan lupa pakai losyen betul-betul kat muka badan, kaki dan tangan. Bawak hotpack, jangan biar tangan sejuk sangat atau sampai jadi kebas, Terus letak hotpack panaskan tangan. Frostbite ni kalau dah teruk kau boleh hilang tangan or kaki. Boleh google tengok gambar, 

Alhamdulillah akhirnya sampai jugakkk!!
I brought my whole family here tooo hehe
A proud Kelantanese on the top of Mount Hallasan
Beli coffee je. Bawak maggi ingat nak beli air panas tapi dia tak jual air panas pulak, ceit kedekut betul. Dia ada jual ramyeon tapi ofkos la taktau halal ke tak so better tinggalkan benda syubhah.

Lebih kurang 4 jam jugak la nak sampai puncak sebab banyak stop and rest sampai ada pakcik yang kitorang naik sekali tu dah turun balik kitorang tak sampai-sampai lagi. Ahjusshi ngan ahjumma kat sini dah tua-tua pon still sihat boleh daki gunung lagi. Tabik la aku. Masa hiking, ramai je parents yang bawak anak-anak kecik hiking sekali. Mungkin latih dari kecik kot sebab tu la sihat. Hebat hebattt. Sepanjang hiking, ramai jugak ahjusshi tegur and sembang sikit-sikit tanya dari mana. Ada ahjusshi tu siap ambik gambar mungkin rare tengok orang pakai tudung huhu. Walaupun hike dalam 4 jam, rasa berbaloi sangat dapat tengok keindahan ciptaan Allah ni. Subhanallah cantik sangat bila tengok snow memenuhi tempat ni. YEAYYY! FINALLY IVE BEEN HERE! Aku tak menyesal pon walaupun kaki melecet badan sakit-sakit. This is one of my sweetest moment ever filled with a lil bitterness haha. Lepas dah sampai bawah Eorimok Trail, kau kena jalan lagi menuju jalan besar untuk ke bustop tapi since kami rushing nak kejar flight ke Gimpo kami naik teksi balik hostel. Balik hostel, tumpang solat kejap lepastu terus naik teksi lagi pergi airport. Alhamdulillah sampai ngam-ngam nak check-in and drop luggage. Terus masuk dalam and chulballl (bertolak) ke Gimpo Airport. Flight pukul 6.05pm sampai Gimpo around 7.15pm. Terus ambik train ke Myeongdong and check-in Vin Guesthouse. 

Satu masalah pulak jadi bila aku sampai Guesthouse ni. Ada sticky note tampal kat depan pintu berbunyi camni,
"Dear new guest, please call me when you arrive ***"
Asudahhh camne nak call. Kitorang mana ada simkad weh. Memang aku depends on free WiFi kat Korea ni sebab yelah banyak tempat ada kan at least save la bajet aku kat situ. Dah la tengah penat. Kebetulan ada seorang mamat Korea lalu kat situ and kawan aku mintak tolong dia tolong call kan syukur dia nak bantu kalau tak beku la kami kat luar tu, Betul la orang cakap Seoul lagi sejuk dari Jeju. Dia kalau sejuk angin takde takpe, ni dengan anginnya sampai ke tulang rasa haha. Rupanya dia ada je kat dalam. Kitorang dah ketuk kemain kuat tak dengar ka? aduhh. Lepas dah letak barang dalam bilik kami decide terus ke Namsan Tower sebab takut lain kali tak sempat nak pegi. Kami jalan kaki ke Cable Car Station dari guesthouse sebab dekat je dan beli tiket return dengan harga 8,500 won seorang. Agak pricey sebenarnya tapi sebab kaki kami sakit kes hiking tadi so kami takde option lain. Kalau tenaga masih ada, ofkos kami nak jalan kaki je. Kalau tengok cerita BOF tu cable car dia ada seat tapi yang kami naik ni takde. Baru nak fefeeling Jan Di. Haha.

The famous N Seoul Tower




View dari atas Cable Car
Tteokbokki 3,000won di Myeongdong

Lepas dah turun balik, kami jalan ke Myeongdong Market just nak jalan-jalan and beli street foods tapi sayang banyak kedai dah tutup, Aku baca Myeongdong Night Market ni meriah sampai pukul 1-2 pagi tapi masa aku sampai baru pukul 11pm. Mungkin sebab winter depa tutup awal mungkin laa mungkin, Dah habis jalan-jalan sikit area situ, kami balik GH untuk rehat. Esoknya nak pegi tempat yang famous gara-gara cerita Winter Sonata iaitu Nami Island. Orang kata tempat wajib kalau pergi Korea. Hm yelah apa-apa pon kita recharge energy dulu, Goodnight Seoul, 

InsyaAllah semoga berjumpa di entry berikutnya ...

Total Day 3 Hangus 
Taxi to Guesthouse = 12,500 won
Taxi to Jeju Airport = 2,950 won
Cable Car = 8,500 won
Tteokbokki = 3,000 won
Vin Guesthouse = 40,000 won/2 nights

Korea Winter Backpacker : Day 2 Udo Island - Seongsan Ilchulbong - Yongduam Headrock - Yongyeon Bridge

Alkisahnya kemain malam sebelum nak tidur tu set jam nak bangun awal supaya 7.30 dah boleh gerak pegi Udo Island tapi hampehh. Dua-dua bangun lambat. Sedih gile bangun-bangun dah pukul ehemm rahsia lah haha. Mungkin sebab first day so tak adapt lagi dengan penat lelah semua ni huh. So dah bangun siap-siap semua, masak telur goreng buat scramble eggs pastu calit roti atas jem dah breakfast semua terus naik bas ke Seongsan Harbor. Memakan masa nak 2 jam la jugak sebab dia bukan dekat Jeju-si which is daerah yang kitorang duduk tapi kat Seogwipo-si. Nak ke Udo Island kena naik ferry tau, so kena pegi naik ferry kat Seongsan Harbor. boleh naik bas 701 atau 710 turun di Seongsan Harbor Bus Stop. Dari bustop tu, jangan cross jalan, jalan terus pastu belok kanan, jalan lurus lagi sampai jumpa and nampak batu besar macam gambar first kat bawah (aku tak ingat ada label dalam rumi tak kat situ), pastu belok kanan sampai nampak bangunan putih. Masuk dalam tu terus isi borang kat meja pastu pegi serah kat kaunter and beli tiket. Dia akan bagi return tiket ferry dengan harga 5,500 won seorang. Ferry ke Udo Island ambik masa dalam 15 minit je. Yang bestnya masa naik tu banyak giler burung duk main atas kepala and boleh bagi makan. Dia ada jual jajan kat atas ferry tu but since kami dah ada jajan sendiri so dapat merasa lah bagi makan kat burung-burung tu, Seronok wehh. Haha. Kalau dapat ferry yang takde kerusi kat dalam, better duduk kat luar la sebab pening kat dalam goyang-goyang tapi masa balik kami dapat yang ada kerusi so duduk dalam sebab sejuk sangat tak tahannnnn..

Masuk bangunan putih tu untuk isi form and beli tiket

Tempat beli tiket



Ferry to U-do
Layan view kat luar



Kereta pon boleh bawak masuk

Kalau tak nak duduk luar boleh duduk kat dalam

Lepas sampai kat Udo Island tu, banyak option nak round area pulau tu samada naik bas, rent basikal, scooter or ATV. Scooter and ATV kena ada lesen memandu (International Driving License). Kami takde lesen so decide naik bas je, Nak rent basikal takut semput je nanti takleh pegi banyak tempat. Dahla ada 6 hari lagi nak jelajah Korea ni haha, Bus Hop-on Hop-off ni 5,000 won dia cover dalam 4 tempat rasanya and kebanyakannya pantai lah. Kalau kau ada driving license baik sewa la scooter or ATV, lagi puas hatiiii nak round area situ atau kalau kau sampai awal sewa lah basikal kalau takde lesen, boleh berhenti mana-mana nak ambik gambar kan. Kitorang sampai sini dah tengahari kes bangun lambat tadi, takut tak sempat pon ada jugak kalau sewa basikal sebab ferry last dalam pukul 5. Kang tak pasal-pasal kena bermalam kat sini. Kalau nak naik bas, turun dari ferry tu kau jalan je pergi tempat bas banyak-banyak warna pink tu and dekat-dekat situ ada van kecik yang jual ticket bas ni. Driver tu dia akan cakap-cakap and cerita pasal Udo Island dalam perjalanan tu tapi dalam Bahasa Korea lah. So berhuhulah ko walaupun aku ada paham sikit-sikit yang dia cerita tu.



Bas hop-on hop-off warna pink


Statue of Hanyeo (Woman Diver)

Geommalle Beach
Geommalle Cave
Seobin Baeksa Beach
Canola Flower Garden. Ada oppa mintak tolong ambik gambar dia ngan awek dia lepastu aku mintak dia pulak ambik gambar aku ngan kawan aku. Kemain dia ambik, kejap atas kejap bawah haha nampak lah skill dia tu,
Hagosudong Beach (and a group of oppas haha). Masa aku tengah ambik gambar kawan aku, ada seorang oppa ni datang kat aku mintak aku ambikkan gambar dia ngan kengkawan dia 2 orang. Aku rasa budak high school lagi (dahtu asal aku panggil oppa, patutnya dongsaeng lah aduhhh) sebab muka cam innocent je tapi hensem weh hahaha. Rugi pulak tak bergambar ngan dorang LOL.

Then GOODBYE U-do 
Lepas dah sampai harbor balik, kami jalan kaki je ke Seongsan Ilchulbong sebab nak rasa jalan-jalan kaki kat Jeju. 30 minit gak la weyy nak jalan pegi sana tapi sebab sejuk tak merasa penat pon lagipon ni first day kitorang so kaki pon tak berapa sakit lagi. Route dari Seongsan Harbor ke Seongsan Ilchulbong aku pakai apps maps.me (offline map yang aku recommend jugak kalau kau taknak beli simkad or sewa wifi kat Korea sebab dia boleh pakai offline). Kalau taknak boleh je naik bas. Sampai kat Seongsan Ilchulbong, terus beli tiket harga 2,000 won. Betullah orang kata, kalau pegi Jeju tak sah kalau tak pegi Seongsan Ilchulbong ni. Dia punya cantik Masyaallah Subhanallah Allahuakbar lah memang cantik sangat nak-nak time nak sunset. Memang indah Allahu. Macam sebuah lukisan bak kata kawan aku.


Ada oppa offer nak tolong ambik gambar. Lepastu turn aku pulak ambik gambar dia ngan awek dia, Ceittt haha.






Mesmerizing sunset with outstanding view

Lepas dah habis jalan-jalan kat Seongsan Ilchulbong, kami terus naik bas pulang ke Jeju-si yang mengambil masa 1 jam 40 minit atau lebih kurang 2 jam la. Sampai kat Jeju Intercity Bus Terminal, aku jalan kaki lagi ke Yongduam Headrock lebih kurang 20 minit jugak pakai apps maps.me. Kesian kaki aku kemain aku dera dia harini dahla esoknya lagi teruk aku dera haha. Walaupun dah malam sampai kat situ tapi best gak boleh ambik angin laut Korea malam-malam fefeling drama Korea haha tapi tak berapa best la nak ambik gambar tak berapa nampak. So suggestion aku kalau sempat pegi siang planning pegi siang lah tempat-tempat attractions yang best baru syok ambik gambar. Gambar jugak kan satu kenangan. Lepas dah habis tu kami jalan lagi ke Yongyeon Bridge, dekat je sekitar 5 mnit jalan kot. Jugak aku pakai apps maps.me. Sebelum pegi Korea, aku dah tanda siap-siap dekat maps tu tempat aku nak pegi, so bila aku nak pakai, aku just tekan tempat yang aku dah tanda tu la. Senang kan? 

Nampak tak macam mulut ternganga gitu. Tu lah yang orang cakap bentuk dragon nya. Boleh terjah blog-blog lain untuk baca lagendanya.

Yongyeon Bridge. Nice jugak la kalau nak stroll malam-malam.





Yeongyeon Bridge ni cantik gak la, macam apa tu, London Bridge? Tapi versi pendek hahah. Ok then dah habis lepak ambik gambar kat situ kami jalan nak cari stesen bas. Mengikut pencarian aku sebelum pergi Korea, ada bas 2400 dari Jeju Middle School Bustop yang lalu ke tempat penginapan aku tu tapi duk tunggu punya tunggu bas tu takde pulak yang lalu. Masa aku ngan kawan aku tengah tekan-tekan dia punya information board tu, datang seorang ahjusshi sapa kami tanya nak ke mana. Kitorang pon tunjuk la nama bustop guesthouse kami tu dalam hangeul. Pastu dia pon tolong cari sekali. Dia pon cakap la takde bas pegi sana. Kena naik bas pegi stesen bas dulu pastu tukar. Cara pakcik tu explain fuhh aku tabik laaa sebab kawan aku yang tak reti Bahasa Korea pon boleh faham kau rasa? Akhirnya kami decide nak naik teksi je sebab takdelah jauh sangat sebenarnya dari situ ke guesthouse kami. Cuma 4,000 won/2 orang. Jadi begitulah berakhir hari kedua kami yang agak menyeronokkan dan semestinya memenatkan huhu. Sampai-sampai kat bilik, eh dah ada roommate baru. 2 korean dah check-in  bilik tu tapi kami tak sempat sembang apa sebab dia dah tido and esoknya pulak awal pulak dia check-out hmm. Kami lelapkan mata akhirnya untuk menempuh hari esok iaitu misi mendaki Mount Hallasan, the highest mountain in South Korea!! 

Till we meet in the next entry ... InsyaAllah. 

Total Day 2 Hangus
Ferry = 5,500won
Bus hop-on hop-off = 5,000won
Canola Flower Garden = 1,500won
Seongsan Ilchulbong Entrance = 2,000won
Taxi to Guesthouse = 2,000won




Korea Winter Backpacker : Day 1 KLIA2 - Incheon - Gimpo - Jeju

Alhamdulillah. Aku (mintak izin guna 'aku' lah ye hehe) berjaya backpacker berdua ke Korea Selatan selama 8 hari dari 23-30 Januari 2017. First time aku travel berdua je, Fuhhh, jenuh nak mintak izin parents tauu. Kemain aku pujuk and convince parents aku yang aku yakin boleh pergi berdua. Yelah, sedangkan orang lain boleh travel solo kenapa aku takleh pergi kan, at least berdua. Alhamdulillah akhirnya parents aku bagi and dapatlah aku beli tiket waktu promo AirAsia Free Seat masa bulan 6 wohoooo. Lama kan aku beli? 6 bulan awal tuu. Haa tulah trick nak dapat tiket murah. Dapat RM663 return KL - Seoul and Busan - KL (and yes kalau rezeki ada yang dapat lagi murah). So dalam tempoh 6 bulan tu aku buat persiapan untuk trip aku kali ni merangkumi book tiket flight ke Jeju Island, cara nak access subway, place of attractions, route buses dll. Untuk subway, aku memang recommend kau download apps Subway kat App Store atau Play Store. Kat situ boleh terus tengok route2 subway, time travel and fares. Memang sangat membantu dalam rangka budget and timing.

Korea. Here we go!!
Declaration Form kena isi atas flight. 


Planning nya nak ambik flight yang pukul 1 pagi tapi time nak beli tu time tu mahal so beli je lah yang pukul 8 pagi. Dalam tempoh lebih kurang sebulan sebelum fly, dapat email flight time rescheduled kepada pukul 7.30 pagi (so it is a must to check your email frequent). Perjalanan dari KLIA2 ke Incheon mengambil masa sekitar 6 jam lebih. Kami sampai di Incheon International Airport sekitar pukul 2 petang (1 petang waktu Malaysia) dan terus cari convenience store sebab nak beli T-Money. Kami beli T-Money dengan harga 4,000 won dan terus topup 50,000 won (ada balance dalam 5,000 won masa balik) lepastu terus ke Gimpo Airport untuk ke Jeju Island, Kami tak terkejar-kejar sangat sebab flight kami ke Jeju pukul 8.10pm. Naik train yang all-stop lepastu turun kat Gimpo Airport. Dekat Airport Incheon tu ikut je anak panah Airport Railway sampai la jumpa tempat nak touch T-Money tu. Dalam 40 minit dah sampai Gimpo Airport. Dia tak bagi check in awal so kami tunggu je la depan tempat kaunter EastarJet tu sambil makan ayam KFC yang kami bawak khas dari Malaysia haha. Lepas dah check-in terus masuk gate dan berlepas ke Jeju Island, Oyeahh excited betul nak pegi Jeju yang famous dalam drama-drama Korea haha. Flight EastarJet kami beli online pakai credit card RM215 return (kalau anda bernasib baik, anda boleh dapat 150 return).

Tiket dia simple je, macam resit beli barang kat kedai.
Sampai di Airport Jeju, terus kami ke Gate 2 dan naik bas 100 untuk ke Guesthouse kami iaitu Hostel Lyndon. Naik bas 100 dan berhenti kat Tamna Welfare Centre Bus Stop. Bila keluar announcement next stop kat atas bas tu, jangan lupa tekan loceng menandakan kita nak turun kat next stop tu sebab dia takkan berhenti setiap stop kalau takde orang nak naik atau turun arasseo? Bustop tu betul2 depan building GH ni. Sampai kat bus stop tu, kau pandang atas, nanti nampak la signboard Hostel ni. Hostel Lyndon ni dekat aras 6, jangan risau ada lift. Dekat lift tu dah ada butang siap-siap label Hostel Lyndon.

Tempat tunggu bas 100 di Jeju International Airport

Tamna Welfare Centre Bus Stop

Keluar lift terus nampak ni
Bilik 4 orang. Gambar memang sama dalam Booking.com


Dapur. Boleh goreng telur masak maggi buat air

Tempat makan. Takleh makan dalam bilik ye.

Muslim-friendly! Nak guna pegi mintak kunci dulu dekat receptionist

Aku boleh cakap yang Hostel ni recommended sangat. Staffs semua boleh cakap good English and super duper friendly. Muslim-friendly lagi, dekat dapur ada sediakan mangkuk pinggan untuk Muslim sahaja. Aku book room yang 6 orang dekat Booking.com dengan harga 36,000 won untuk 2 malam (lebih kurang RM136). Masa nak check-in, dia cakap bilik aku book tu penuh so dia bagi bilik yang 4 orang. Lagi la aku bersorak dalam hati, dahla masa tu takde guest lain kat bilik, kami berdua je. So semua dah settle, time untuk berehat dan bersedia dengan keesokan harinya dengan harapan dapat bangun awal tapi... 

Bersambung next entry HIHI.. 

Total Day 1 Hangus 
Flight AirAsia = RM663
Flight EastarJet = RM215
T-money + topup = 54,000 won
Hostel Lyndon = 36,000 won/2 night