Tuesday 14 February 2017

Korea Winter Backpacker : Day 2 Udo Island - Seongsan Ilchulbong - Yongduam Headrock - Yongyeon Bridge

Alkisahnya kemain malam sebelum nak tidur tu set jam nak bangun awal supaya 7.30 dah boleh gerak pegi Udo Island tapi hampehh. Dua-dua bangun lambat. Sedih gile bangun-bangun dah pukul ehemm rahsia lah haha. Mungkin sebab first day so tak adapt lagi dengan penat lelah semua ni huh. So dah bangun siap-siap semua, masak telur goreng buat scramble eggs pastu calit roti atas jem dah breakfast semua terus naik bas ke Seongsan Harbor. Memakan masa nak 2 jam la jugak sebab dia bukan dekat Jeju-si which is daerah yang kitorang duduk tapi kat Seogwipo-si. Nak ke Udo Island kena naik ferry tau, so kena pegi naik ferry kat Seongsan Harbor. boleh naik bas 701 atau 710 turun di Seongsan Harbor Bus Stop. Dari bustop tu, jangan cross jalan, jalan terus pastu belok kanan, jalan lurus lagi sampai jumpa and nampak batu besar macam gambar first kat bawah (aku tak ingat ada label dalam rumi tak kat situ), pastu belok kanan sampai nampak bangunan putih. Masuk dalam tu terus isi borang kat meja pastu pegi serah kat kaunter and beli tiket. Dia akan bagi return tiket ferry dengan harga 5,500 won seorang. Ferry ke Udo Island ambik masa dalam 15 minit je. Yang bestnya masa naik tu banyak giler burung duk main atas kepala and boleh bagi makan. Dia ada jual jajan kat atas ferry tu but since kami dah ada jajan sendiri so dapat merasa lah bagi makan kat burung-burung tu, Seronok wehh. Haha. Kalau dapat ferry yang takde kerusi kat dalam, better duduk kat luar la sebab pening kat dalam goyang-goyang tapi masa balik kami dapat yang ada kerusi so duduk dalam sebab sejuk sangat tak tahannnnn..

Masuk bangunan putih tu untuk isi form and beli tiket

Tempat beli tiket



Ferry to U-do
Layan view kat luar



Kereta pon boleh bawak masuk

Kalau tak nak duduk luar boleh duduk kat dalam

Lepas sampai kat Udo Island tu, banyak option nak round area pulau tu samada naik bas, rent basikal, scooter or ATV. Scooter and ATV kena ada lesen memandu (International Driving License). Kami takde lesen so decide naik bas je, Nak rent basikal takut semput je nanti takleh pegi banyak tempat. Dahla ada 6 hari lagi nak jelajah Korea ni haha, Bus Hop-on Hop-off ni 5,000 won dia cover dalam 4 tempat rasanya and kebanyakannya pantai lah. Kalau kau ada driving license baik sewa la scooter or ATV, lagi puas hatiiii nak round area situ atau kalau kau sampai awal sewa lah basikal kalau takde lesen, boleh berhenti mana-mana nak ambik gambar kan. Kitorang sampai sini dah tengahari kes bangun lambat tadi, takut tak sempat pon ada jugak kalau sewa basikal sebab ferry last dalam pukul 5. Kang tak pasal-pasal kena bermalam kat sini. Kalau nak naik bas, turun dari ferry tu kau jalan je pergi tempat bas banyak-banyak warna pink tu and dekat-dekat situ ada van kecik yang jual ticket bas ni. Driver tu dia akan cakap-cakap and cerita pasal Udo Island dalam perjalanan tu tapi dalam Bahasa Korea lah. So berhuhulah ko walaupun aku ada paham sikit-sikit yang dia cerita tu.



Bas hop-on hop-off warna pink


Statue of Hanyeo (Woman Diver)

Geommalle Beach
Geommalle Cave
Seobin Baeksa Beach
Canola Flower Garden. Ada oppa mintak tolong ambik gambar dia ngan awek dia lepastu aku mintak dia pulak ambik gambar aku ngan kawan aku. Kemain dia ambik, kejap atas kejap bawah haha nampak lah skill dia tu,
Hagosudong Beach (and a group of oppas haha). Masa aku tengah ambik gambar kawan aku, ada seorang oppa ni datang kat aku mintak aku ambikkan gambar dia ngan kengkawan dia 2 orang. Aku rasa budak high school lagi (dahtu asal aku panggil oppa, patutnya dongsaeng lah aduhhh) sebab muka cam innocent je tapi hensem weh hahaha. Rugi pulak tak bergambar ngan dorang LOL.

Then GOODBYE U-do 
Lepas dah sampai harbor balik, kami jalan kaki je ke Seongsan Ilchulbong sebab nak rasa jalan-jalan kaki kat Jeju. 30 minit gak la weyy nak jalan pegi sana tapi sebab sejuk tak merasa penat pon lagipon ni first day kitorang so kaki pon tak berapa sakit lagi. Route dari Seongsan Harbor ke Seongsan Ilchulbong aku pakai apps maps.me (offline map yang aku recommend jugak kalau kau taknak beli simkad or sewa wifi kat Korea sebab dia boleh pakai offline). Kalau taknak boleh je naik bas. Sampai kat Seongsan Ilchulbong, terus beli tiket harga 2,000 won. Betullah orang kata, kalau pegi Jeju tak sah kalau tak pegi Seongsan Ilchulbong ni. Dia punya cantik Masyaallah Subhanallah Allahuakbar lah memang cantik sangat nak-nak time nak sunset. Memang indah Allahu. Macam sebuah lukisan bak kata kawan aku.


Ada oppa offer nak tolong ambik gambar. Lepastu turn aku pulak ambik gambar dia ngan awek dia, Ceittt haha.






Mesmerizing sunset with outstanding view

Lepas dah habis jalan-jalan kat Seongsan Ilchulbong, kami terus naik bas pulang ke Jeju-si yang mengambil masa 1 jam 40 minit atau lebih kurang 2 jam la. Sampai kat Jeju Intercity Bus Terminal, aku jalan kaki lagi ke Yongduam Headrock lebih kurang 20 minit jugak pakai apps maps.me. Kesian kaki aku kemain aku dera dia harini dahla esoknya lagi teruk aku dera haha. Walaupun dah malam sampai kat situ tapi best gak boleh ambik angin laut Korea malam-malam fefeling drama Korea haha tapi tak berapa best la nak ambik gambar tak berapa nampak. So suggestion aku kalau sempat pegi siang planning pegi siang lah tempat-tempat attractions yang best baru syok ambik gambar. Gambar jugak kan satu kenangan. Lepas dah habis tu kami jalan lagi ke Yongyeon Bridge, dekat je sekitar 5 mnit jalan kot. Jugak aku pakai apps maps.me. Sebelum pegi Korea, aku dah tanda siap-siap dekat maps tu tempat aku nak pegi, so bila aku nak pakai, aku just tekan tempat yang aku dah tanda tu la. Senang kan? 

Nampak tak macam mulut ternganga gitu. Tu lah yang orang cakap bentuk dragon nya. Boleh terjah blog-blog lain untuk baca lagendanya.

Yongyeon Bridge. Nice jugak la kalau nak stroll malam-malam.





Yeongyeon Bridge ni cantik gak la, macam apa tu, London Bridge? Tapi versi pendek hahah. Ok then dah habis lepak ambik gambar kat situ kami jalan nak cari stesen bas. Mengikut pencarian aku sebelum pergi Korea, ada bas 2400 dari Jeju Middle School Bustop yang lalu ke tempat penginapan aku tu tapi duk tunggu punya tunggu bas tu takde pulak yang lalu. Masa aku ngan kawan aku tengah tekan-tekan dia punya information board tu, datang seorang ahjusshi sapa kami tanya nak ke mana. Kitorang pon tunjuk la nama bustop guesthouse kami tu dalam hangeul. Pastu dia pon tolong cari sekali. Dia pon cakap la takde bas pegi sana. Kena naik bas pegi stesen bas dulu pastu tukar. Cara pakcik tu explain fuhh aku tabik laaa sebab kawan aku yang tak reti Bahasa Korea pon boleh faham kau rasa? Akhirnya kami decide nak naik teksi je sebab takdelah jauh sangat sebenarnya dari situ ke guesthouse kami. Cuma 4,000 won/2 orang. Jadi begitulah berakhir hari kedua kami yang agak menyeronokkan dan semestinya memenatkan huhu. Sampai-sampai kat bilik, eh dah ada roommate baru. 2 korean dah check-in  bilik tu tapi kami tak sempat sembang apa sebab dia dah tido and esoknya pulak awal pulak dia check-out hmm. Kami lelapkan mata akhirnya untuk menempuh hari esok iaitu misi mendaki Mount Hallasan, the highest mountain in South Korea!! 

Till we meet in the next entry ... InsyaAllah. 

Total Day 2 Hangus
Ferry = 5,500won
Bus hop-on hop-off = 5,000won
Canola Flower Garden = 1,500won
Seongsan Ilchulbong Entrance = 2,000won
Taxi to Guesthouse = 2,000won




No comments: